Tahukah anda? Kajadian ini berlaku pada 18 March 2009 kira-kira pukul 12 tengah hari.Gambar ini diambil di Kapit.Mungkin pada masa itu ada yang perasan akan kejadian ini.Pada pendapat anda apakah kejadian ini.Menurut orang-orang tua dahulu kala sekiranya perkara ini terjadi bererti berlakunya kematian dalam kalangan keluarga diraja di mana salah seorang daripada anak baginda meninggal dunia.Garisan yang berwarna oren itu dikenali sebagai garisan diraja.Ya.Itu adalah persepsi orang zaman dahulu kala.Zaman yang dikenali sebagai zaman jahiliah.Anda fikirlah sendiri.
Tetapi dari perspektif sains pula,ramai yang menyatakan ini adalah gerhana matahari.Cuba anda bandingkan
gerhana matahari dengan kejadian di atas.
Inilah hasil yang dapat dilihat jika berlakunya gerhana matatahri.Namun begitu,ramai yang menyatakan kejadian ini sebagai Fenomena Halo.Fenomena Halo(bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi bulan atau matahari.
